"Sebuah komuniti yang diurapi sebagai Imam, Nabi, dan Raja melalui pembaptisan dalam nama Bapa, Anak, dan Roh Kudus. (KKK 783 - 786)

Matius 5 : 13

Kamu adalah garam dunia. Jika garam itu menjadi tawar, dengan apakah ia diasinkan ? Tidak ada lagi gunanya selain dibuang dan diinjak orang.

Cerita Pendek Tentang Kami

Kami adalah sebuah komuniti yang berpegang teguh pada ajaran Yesus Kristus melalui gerejaNya iaitu gereja katolik. Komuniti ini ditubuhkan pada tahun 2020 yang bertujuan untuk menyahut panggilan Tuhan Yesus untuk menjadi Imam, Nabi dan Raja.

BORNEO APOSTOLIK CHANNEL

Kami menyahut panggilan Tuhan Yesus untuk berkongsi khabar gembira injil serta menyediakan info-info menarik mengenai iman katolik.

SOALAN LAZIM

Borneo Apostolik ini ditubuhkan untuk apa ?

Kami adalah sebuah komuniti yang menyahut panggilan Tuhan Yesus untuk berkongsi khabar gembira injil serta menyediakan info-info menarik mengenai iman katolik dalam bahasa melayu.

Pelayanan apa yang kami lakukan ?

Kami menyediakan bacaan dan renungan injil setiap minggu dalam bentuk bertulis dan video, info mengenai ketekismus gereja katolik (KGK), info mengenai santo/santa dan semua ini disampaikan dalam bahasa melayu.

Bagaimana saya boleh menghubungi komuniti ini ?

Anda boleh meneroka bahagian bawah media untuk menghubungi kami.